fbpx

HCF Bekerjasama dalam Persidangan Kebangsaan Memahami Kepercayaan Lain 2022: Ke Arah Masyarakat Harmoni

Kajang, 15 Oktober – Hidayah Centre Foundation (HCF) telah dijemput sebagai rakan kerjasama dalam Persidangan Kebangsaan Memahami Kepercayaan Lain 2022: Ke arah Masyarakat Harmoni anjuran Allied Coordinating Committee of Islamic NGOs (ACCIN) bertempat di Dewan Auditorium Perpustakaan UNITEN.

Persidangan ini diadakan bertujuan membetulkan salahfaham yang wujud dalam kalangan masyrakat majmuk terhadap Islam dan juga memahami ancaman isme & idelogi dewasa ini yang menjadi cabaran pemikiran buat para daie.

Persidangan ini telah dirasmikan oleh exco Hal Ehwal Agama Islam, Pengguna & Industri halal kerajaan Selangor, Yang berhormat Tuan Mohd Zawawi Bin Ahmad Mughni. Turut hadir bersama ialah Ustazah Sabariah Binti Salleh, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Dakwah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) Tuan Hj Mohd Adam bin Mohd Said, ahli lembaga pemegang amanah HCF turut hadir sebagai salah seorang penceramah dalam persidangan ini. . Hampir 70 orang peserta telah hadir yang terdiri dari pelbagai NGO Islam dan juga pemegang tauliah di negeri Selangor. HCF turut menghantar 20 orang peserta yang terdiri daripada para sukarelawan, staff dan pengurusan HCF.

Moga segala input yang dibentangkan dalam persidangan ini dapat diterjemahkan kepada pelan tindakan agar mesej Islam dapat disebarluaskan kepada seluruh masyarakat majmuk di Malaysia.

Sampaikan Islam, Perkasakan Mualaf
Sedekad Terus Berkhidmat

>>www.dahsedekah.com

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top