Pada 16 September 2022, alhamdulillah dan tahniah kepada semua Mualaf yang telah berjaya mengikuti program Kursus Intensif Bagi Mualaf iaitu Kursus Asas Pemantapan Fardhu Ain Bersiri. Hidayah Centre Foundation Sungai Petani telah mengadakan Kursus Asas ini sebanyak 6 Kali berturut turut secara bersiri setiap hari jumaat.Tahniah Kepada peserta Mualaf ya g mengikuti kursus ini. Ia serba sedikit memberi manfaat kefahaman asas kepada Mualaf yang terlibat. Kursus ini mengandungi 3 Subjek utama iaitu Aqidah, Ibadah Dan Akhlak.