fbpx

Kita Menolak Perkauman Dan Membina Pendamaian

21 September 2022 (Selasa) – Hidayah Centre Fondation Cawangan Pulau Pinang turut hadir dalam Program International Day of Peace 2022 semalam yang diwakili oleh En Ahmad Shiham Sukhri, Penolong Pengurus Pulau Pinang yang diadakan di Peace Children Care Centre (PCCC). Tema program kali ini ialah “End Racism Build Peace”.
.
Lebih 50 orang telah hadir antaranya dari kalangan pimpinan NGO kaum dan ahli perniagaan. Program ini telah dirasmikan oleh Tan Sri Dato Seri (Dr) Haji Mohd Yussof Latiff, Pengerusi Majlis Perundingan Muhibbah Negeri Pulau Pinang. Setiap pimpinan turut memberikan ucapan ringkas berkaitan menolak perkauman dan pembinaan keamanan. Menolak perkauman merupakan tanda seseorang itu cintakan negara untuk mewujudkan negara Malaysia yang aman sejahtera. Ia perlu dimulakan dari diri sendiri dahulu, kemudian keluarga, masyarakat dan negara.
.
Terima kasih kepada pihak penganjur Peace Children Care Centre dan PERSATUAN KEBAJIKAN ASAS PULAU PINANG – PKAPP atas penganjuran program yang sangat baik ini.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top