fbpx

PROGRAM USRAH PERDANA MUALAF ANJURAN LEMBAGA ZAKAT SELANGOR

Pada 29 -31 Julai 2022, Alhamdulillah Program Usrah Perdana Mualaf anjuran Lembaga Zakat Selangor bekerjasama dengan Hidayah Centre Foundation Cawangan Selangor, PERKIM bahagian Selangor dan MIRA telah berjaya berlangsung selama 3 hari 2 malam di Hotel Geno , Shah Alam. Program ini telah dihadiri seramai hampir 50 orang mualaf yang bawah 5 tahun. Program ini dirasmikan oleh Ybhg. Prof Madya Dato’ Farid Ravi Abdullah , Ahli Mais dan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Mualaf Selangor. Beliau juga memberi kata-kata semangat kepada para mualaf dan menekankan kepentingan menuntut ilmu Islam untuk menjadi mualaf contoh serta menyumbang semula kepada Islam.

Semoga segala perkongsian tokoh-tokoh mualaf dan tunjuk ajar fasilitator sepanjang program menjadikan satu anjakan paradigma yang lebih baik kepada mualaf.


#HidayahCentreFoundation
#SampaikanIslamPerkasakanMualaf

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top