fbpx

Program Masjid Open Day di Masjid AlBukhary Pulau Pinang

27 Ogos 2022 (Sabtu) – Alhamdulillah, Masjid Open Day anjuran Masjid AlBukhary Pulau Pinang, Gabungan Dakwah Malaysia Pulau Pinang (GDMPP) dan Zakat Pulau Pinang dengan kerjasama YADIM Pulau Pinang, Marriage and Family Counseling Centre & Training dan NGO-NGO naungan GDMPP telah berjaya diadakan di Masjid AlBukhary Pulau Pinang (MAB) pada hari Sabtu lalu. Program telah dirasmikan oleh Dato’Amran Bin Hazali, CEO Zakat Pulau Pinang.
.
Program ini bertujuan untuk berkongsi kefahaman Islam dengan masyarakat bukan Islam persekitaran masjid supaya dapat mewujudkan masyarakat Malaysia yang saling hormat-menghormati dan memahami kepercayaan serta budaya masing-masing dalam suasana harmoni. Seramai lebih 100 orang masyarakat bukan Islam hadir ke masjid dan 40 orang daripadanya telah menyertai aktiviti mosque tour (jelajah masjid).
.
Pelbagai aktiviti telah dilaksanakan antaranya demonstrasi ibadah dalam Islam seperti berwuduk, azan, solat dan penerangan Surah Al-Fatihah & Surah Al-Ikhlas. Turut diadakan Taici, Harmony Walk, pameran Nabi Muhammad dan Al-Quran, pemeriksaan kesihatan percuma, klinik kaunseling, peraduan mewarna untuk kanak-kanak, sumbangan kepada asnaf bukan Islam, cabutan bertuah dan makan pagi & tengah hari.
.


Diharapkan program seperti ini terus diadakan di seluruh masjid di Malaysia agar sifat prasangka dan persepsi negatif dalam kalangan masyarakat majmuk dapat dibasmi seterusnya mewujudkan suasana harmoni di Malaysia.
.
HCFPP mengucapkan ribuan terima kasih dan tahniah kepada semua yang bertungkus-lumus menjayakan program ini. Jazakumullahu Khairan Kathira.
.
#HidayahCentreFoundationPulauPinang
#GabunganDakwahMalaysiaPulauPinang
#MasjidAlBukharyOpenDay

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top