fbpx

KUNJUNGAN HORMAT KE KOMPLEKS NASYRUL QURAN

Putrajaya, 24 Ogos 2022- Alhamdulillah, seramai 12 orang kakitangan Hidayah Centre Foundation yang diketuai oleh Tuan Noli Husain, Pengarah Jabatan Outreach HCF telah melakukan kunjungan hormat ke Kompleks Nasyrul Quran, Putrajaya.

HCF turut berkesempatan bertemu dengan Datuk Abdul Latiff Mirasa, Pengerusi juga merangkap CEO Nasyrul Quran. Antara agenda kunjungan hormat ini adalah perkongsian mengenai Al-Quran terjemahan bahasa Mandarin yang telah diterbitkan oleh Nasyrul Quran yang amat bersesuaian untuk dimanfaatkan bagi aktiviti dakwah masyarakat majmuk dan pemerkasaan mualaf. Kami juga berkesempatan meninjau aktiviti di kilang pencetakan Nasyul Quran.

Semoga dengan pertemuan ini, HCF dapat menjalinkan kerjasama dalam pelbagai usaha menggiatkan lagi usaha menyampaikan keindahan Islam dan santunan mualaf. Terima kasih atas jemputan ini, kompleks Nasyrul Quran.

Sampaikan Islam, Perkasakan Mualaf

Sedekad Terus Berkhidmat

>>www.dahsedekah.com

#SedekadHCF
#HidayahCentreFoundation

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top