fbpx

Program Islamic Centre Open Day (ICOD) Di Sarawak

Pada 20 Ogos 2022, Hidayah Centre Foundation Cawangan Bintulu telah mengadakan program Islamic Centre Open Day (ICOD) di Pusat Islam Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak dengan kerjasama Jawatankuasa Pusat Islam Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak, Pejabat Agama Islam Sarawak Bahagian Bintulu, Harakah Islamiah (HIKMAH) Sarawak Cawangan Bintulu, Pertubuhan IKRAM Kawasan Bintulu, MyCARE Kawasan Bintulu dan Persatuan Kebajikan Tiong Hua Islam Sarawak (PERKTHIS) Cawangan Bintulu.

Islamic Centre Open Day merupakan program hari terbuka Pusat Islam yang mengajak semua masyarakat tidak mengira agama dan bangsa untuk mengetahui tentang simbolik di sebalik seni bina dalam Pusat Islam, dan menerangkan tentang keindahan Islam secara harmoni dan mesra. Program ini telah dihadiri pelawat seramai 107 orang dari kalangan orang Islam dan bukan Islam.

Antara aktiviti yang diadakan dalam program ini adalah Mosque Tour yang menerangkan tentang ibadah dan fungsi Pusat Islam, booth Hijab Corner: How Do I Look in Hijab IKRAM Kawasan Bintulu, booth Halal dan Kuiz Jabatan Agama Islam Sarawak Bahagian Bintulu, booth HIKMAH Cawangan Bintulu, booth MyCARE Kawasan Bintulu, pemeriksaan kesihatan, booth PERKTHIS Cawangan Bintulu dan free flow makanan juga disediakan.

Semoga dengan adanya program sebegini dapat merapatkan lagi hubungan diantara pelbagai kaum dan agama.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top