fbpx

KUNJUNGAN HORMAT HCF KE MAIWP

18 Ogos 2022, Kuala Lumpur- Pengurusan Hidayah Centre Foundation yang diketuai oleh Tuan Noli Husain, Pengarah Jabatan Outreach HCF telah mengadakan kunjungan hormat ke pejabat Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) baru-baru ini.

Kunjungan hormat ini telah disambut mesra oleh Tuan Mohd Nizam Yahya, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP dan Ustaz Muhammad Zulhilmi.

Turut menyertai kunjungan hormat ini ialah Tuan Haji Ab Rahim, Pengarah Jabatan Operasi, Tuan Joannes Lukas, Pengarah Jabatan Dana dan Tuan Nabil, wakil Media HCF.

Kunjungan hormat ini diadakan bagi jalinan hubungan juga membincangkan usahasama yang dapat dilaksanakan bagi merancakkan lagi usaha dakwah dan pemerkasaan mualaf di masa akan datang ini.

Sampaikan Islam, Perkasakan Mualaf

Sedekad Terus Berkhidmat.

>>www.dahsedekah.com

#SedekadHCF
#HidayahCentreFoundation

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top