fbpx

Penerima Anugerah Abdul Rahman Auf

Dato Mohd Chan Abdullah

Anugerah ini dianugerahkan buat usahawan mualaf yang mencapai kecemerlangan dalam bidang ekonomi dan menyumbang kembali kepada masyarakat.

Dato Mohd Chan Abdullah tidak asing lagi sebagai antara mualaf yang sangat berjaya dalam dunia perniagaan melalui rangkaian Restoran Mohd Chan. Ketokohannya dalam dunia perniagaan dan sumbangannya kepada masyarakat dapat dijadikan contoh kepada mualaf-mualaf lain untuk lebih berjaya dalam hidup.

Dato Mohd Chan Abdullah banyak memberikan sokongan bukan sahaja kepada HCF, bahkan kepada NGO dan institusi lain juga. Beliau tidak lokek menghulur sumbangan bagi membantu masyarakat. Semoga ia dapat menjadi inspirasi kepada semua.

Sampaikan Islam, Perkasakan Mualaf

Sedekad Terus Berkhidmat

>>www.dahsedekah.com

#SedekadHCF
#HidayahCentreFoundation

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top