fbpx

Penerima Anugerah Utama Saidina Abu Bakar

Tuan Haji Nicholas Sylvester

Anugerah ini dianugerahkan buat individu yang berjasa dalam merintis usaha dakwah masyarakat majmuk di Malaysia dan telah membawa HCF ke satu tahap kecemerlangan yang bertaraf antarabangsa.

Tuan Haji Nicholas Sylvester banyak berjasa dalam merintis usaha dakwah masyarakat majmuk di Malaysia dan telah membawa Hidayah Centre Foundation ke satu tahap kecemerlangan yang bertaraf dunia

Tuan Haji Nicholas Sylvester merupakan antara individu yang banyak berjasa membawa Hidayah Centre Foundation (HCF) ke tahapnya sekarang. Usahanya menyatukan pendakwah-pendakwah di dalam dan luar negara juga merupakan usaha luar biasa yang hasilnya dapat dilihat pada hari ini. Anak kelahiran Papar, Sabah ini merupakan Pengerusi pertama HCF yang dahulunya adalah sebuah jawatankuasa kecil di bawah Jemaah Islah Malaysia dan kini HCF telah berkembang sehingga dikenali di peringkat antarabangsa.

Peranan dan sumbangan besar Tuan Haji Nicholas Sylvester dalam menggerakkan usaha dakwah dan sokongan mualaf di Malaysia khususnya dan juga di luar negara telah melayakkan beliau untuk menerima anugerah ini.

Sedekad Terus Berkhidmat.

Sampaikan Islam, Perkasakan Mualaf

#HidayahCentreFoundation
#sedekadhcf

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top