31/7/2022
Alhamdulillah, HCF Kota Kinabalu telah mengadakan Kursus Pemantapan Solat Saudara Baru yang telah berlangsung di pejabat HCF Kota Kinabalu.
Seramai 9 orang mualaf yang baru memeluk agama islam telah menyertai kursus ini.
Kursus tersebut telah disampaikan oleh Ustazah Adibah Sukor, Pengasas Al-Furqon Training Centre beserta 2 orang tim mereka.
Semoga ilmu yang dikongsikan dapat menambahkan ilmu pengetahuan mereka tentang solat.