fbpx

“Jom PUBG, Cik Hipster”

“Jom PUBG, Cik Hipster”, kata Mizi pemuda dari Sarawak.

Siapa sangka, kawan game yang sama-sama mencari hiburan disaat stress dengan kerja, kehidupan dan lain-lain, rupanya ada hikmah disebaliknya. Sungguh aturan Allah itu sangat penuh hikmah. Dalam banyak-banyak platform, rupanya platform game dipilih. Terbukti, kerja dakwah bukan hanya di masjid, bukan hanya kerja ustaz dan ustazah.

Lebih kurang setahun bersahabat, akhirnya seorang rakan game PUBG bersyahadah. Oleh kerana dikelilingi kawan-kawan game beragama Islam, Mizi tertarik untuk mengenali Islam dengan lebih dekat.

Tambahan pula, Mizi mula jatuh hati dengan salah seorang rakan gamers, dan berniat untuk menikahinya. Bermulalah perjalanan Mizi untuk lebih serius mendalami ilmu Islam.

“Dah maghrib, kami solat dulu, sambung balik malam nanti, inshaAllah”, kata gamers lain.

Ibu kepada Mell juga, menyantuni Mizi sangat lembut sehingga memberi kesan kepada Mizi setelah pemergiannya. (Innalillahiwainailahirojiun).

Selain dari PUBG, pemergian Ibu Mell juga menjadi salah satu faktor Mizi bersyahadah. Sikap rahmah yang ditunjukkan rakan game dan ibu Mell membuatkan hatinya semakin kuat ingin memeluk agama Islam.

“Cik, Mizi nak masuk Islam, tapi dia tahu macamana nak masuk, macamana nak buat”, kata sahabat menyampaikan hasrat Mizi.

“Alhamdulillah, boleh, nanti Cik cuba uruskan untuk Mizi”, kata Cik Hipster.

Bila diteliti semula, semuanya Allah lorongkan dengan cantik. Allah yang samalah yang gerakkan hati Mizi untuk bermain PUBG bersama rakan muslim, Allah yang samalah jua yang lembutkan hati Mizi agar jatuh cinta dengan gamers muslim, Allah yang samalah yang temukan dan lorongkan berjumpa dengan Cik Hipster yang ditakdirkan kerja di Hidayah Centre Foundation bagi memudahkan urusan syahadah.

Disusun cantik timeline hidup Mizi dan orang lain juga, semoga terus subur Islam dihati-hati kita. Selamat pengantin baru buat Mizi dan Mell, moga bercinta hingga syurga tertinggi, aameen.

#SampaikanIslamPerkasakanMualaf
#islamicquotes

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top