Pada 9 April 2022 Sabtu bersamaan 7 Ramadan 1443H, Hidayah Centre Foundation Cawangan Sibu telah mengikuti Program Bubur Lambuk bersempena dengan bulan Ramadan yang telah dilaksanakan oleh Persatuan IKRAM Cawangan Sibu dengan kerjasama bersama Persatuan Kebajikan Tiong Hua Islam Sarawak Cawangan Sibu (PERKTHIS) dan Rakan Hidayah Sibu.
Aktiviti memasak bubur lambuk merupakan aktiviti yang bertujuan bagi mengeratkan lagi hubungan silaturrahim serta memupuk semangat bekerjasama di kalangan masyarakat Sibu yang ada.
Program tersebut telah pun bermula dari pukul 9.00 pagi dengan kaum wanita mengupas bawang, ubi kentang dan memotong sayur-sayuran sebagai bahan masakan manakala kaum lelaki menyediakan peralatan serta tempat memasak. Setelah bubur dimasak, aktiviti pembungkusan dilaksanakan secara bergotong royong oleh peserta yang hadir dan bubur lambuk kemudian diagihkan kepada masyarakat Sibu bermula pada pukul 3.00 sehingga 4.00 petang.