fbpx

PENYERAHAN SUMBANGAN PRA RAMADAN

Alhamdulillah, hampir 40 orang mualaf santunan HCF Johor dan anak-anak mereka hadir ke Majlis Sumbangan Pra Ramadan dan Back to School HCF Johor pada Jumaat lepas.

Mualaf yang hadir kebanyakannya adalah yang mengikuti kelas bimbingan mualaf HCF Johor dan tergolong dalam kumpulan ekonomi B40.

Di samping penyerahan sumbangan pra Ramadan dan juga bantuan Back to School kepada anak-anak mualaf, hadirin juga diisi dengan pengisian “Tarbiyah Ramadan” oleh Ustazah Nabilah Jaafar.

Terlebih dahulu, dalam ucapan perasmian, Dr Zulkifli Khair selaku ketua Komiti Penasihat HCF Johor, mengajak hadirin menghayati sejarah umat Islam dan kisah-kisah inspirasi mualaf yang berjaya sebagai motivasi kepada semua.

Terima kasih kepada semua pihak yang menyumbang, sama ada daripada individu yang tidak mahu dikenali, pertubuhan Raudatul Maryam dan lain-lain. Sumbangan anda semua amat bermakna kepada para penerima mualaf. Teruskan menyumbang bersama HCF.

Moga Allah merahmati kalian semua.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top