fbpx

Program Kenali Al-Quran, Iftar dan Ramadan Tour di Masjid

Hidayah Centre Foundation Cawangan Bintulu telah mengadakan program Kenali Al-Quran, Iftar dan Ramadan Tour di Masjid Darussalam Kampung Baru, Bintulu pada 14 April 2022 bersamaan 12 Ramadan 1443H.

Program ini diadakan bersempena bulan Ramadan. Mengambil semangat dari penurunan Al-Quran pada bulan Ramadan jadi HCF mengambil peluang untuk berkongsi tentang kesedaran kepada masyarakat betapa pentingnya untuk mengenali Al-Quran sebagai sebuah buku panduan untuk selamat hidup di dunia dan akhirat. Dalam masa yang sama berkongsi kepada para Jemaah masjid tentang Hidayah Centre Foundation khususnya aktiviti di Bintulu dan meraikan para mualaf dengan berbuka bersama.

Terima kasih kepada pihak Masjid Darussalam Kampung Baru, Bintulu atas kerjasama ini. Insya’Allah, program ini akan diteruskan di Masjid yang lain di sekitar Bintulu. Semoga dengan adanya program sebegini memberi kesedaran dan semangat dalam menyampaikan Islam dan memperkasakan mualaf.

#HidayahCentreFoundationSarawak

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top