fbpx

Kunjungan Hormat ke Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak

Pada hari Selasa yang lepas, 29 Mac 2022, Hidayah Centre Foundation Sarawak Cawangan Kuching telah melakukan kunjungan hormat ke Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak yang telah diwakili oleh lima orang kakitangan Hidayah Centre Foundation ke sana.

Kunjungan hormat ini diraikan oleh beberapa pegawai yang mewakili pihak Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak. Pelbagai perbincangan mahupun perkongsian yang diberikan sepanjang kunjungan hormat itu diadakan seperti berbincang tentang program dan kerjasama yang dapat dijalankan secara bersama pada masa yang akan datang.

Semoga dengan segala perbincangan yang diberikan membuahkan hasil dengan kerjasama yang akan dilaksanakan nanti. Terima kasih Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top