fbpx

LAWATAN & DIALOG ANTARA AGAMA BERSAMA DELIGASI KEDUTAAN KESATUAN EROPAH

Kuala Lumpur, 11 Mac 2022- Hidayah Centre Foundation diwakili oleh Hj Ab Rahim Abdul Hamid, Pengarah Operasi HCF serta Puan Amirah Mansor, Pengarah Perkhidmatan Korporat telah bersama-sama menyertai sesi lawatan & dialog antara agama bersama deligasi kedutaan kesatuan Eropah.
.
Deligasi Kesatuan Eropah diketuai oleh Tuan Michalis Rokas, Duta juga turut bersama Tuan Timo Goosmann, Kaunselor dan Timea Magony, Pegawai Politik hadir ke Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada sesi pagi ini.


.
Turut hadir bersama dalam majlis ini ialah Ketua Imam iaitu Tuan Haji Muhyidin Bin Azizi @ Saari dan barisan ahli jawatankuasa yang lain.
.
Majlis dialog sebegini amat penting dalam mewujudkan persefahaman dan keharmonian masyarakat pelbagai kaum terutamanya di Malaysia. Delegasi yang hadir turut berkesempatan mengikuti sesi jelajah masjid bagi lebih mengetahui peranan institusi masjid dalam masyarakat. Semoga lebih banyak lagi keharmonian dapat dicapai dan keindahan agama Islam dapat disebarluaskan lagi. InsyaAllah.
.
Sampaikan Islam, Perkasakan Mualaf

www.hidayahcentre.org.my

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top