fbpx

SELAMAT HARI WANITA

??????? ???? ??????
????? ?????❜? ???
妇女节快乐
இனிய மகளிர் தின வாழ்த்துக்கள்

“Dan orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mendirikan sembahyang juga memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.”
[At-Taubah : 71]

Wanita dan lelaki telah diiktiraf oleh Islam melalui Al quran sebagai saling melengkapi antara satu sama lain. Wanita juga mendapat hak yang sama di sisi Allah untuk memperoleh pahala dan kebaikan bahkan berperanan dalam menyeru kebaikan, mencegah kejahatan dan boleh memperoleh anugerah tertinggi daripada Allah iaitu SYURGA.
.
Islam telah menetapkan batas-batas untuk wanita demi menjaga wanita. Namun Islam tidak menghalang wanita untuk duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan kaum lelaki. Kehebatan wanita dengan sifat keibuan, pengurusan keluarga dan rumahtangganya tidak boleh dibiarkan dalam ruang lingkup yang kecil.
.
Islam telah memberikan contoh tauladan terbaik kedudukan seorang wanita melalui kisah Saidanita Khadijah. Menjadi pendamping Nabi Muhammad dan menjadi insan yang turut sama dalam perjuangan suaminya menyebarkan dan martabatkan Islam di zaman jahiliyyah. Diikuti pula dengan Saidatina Aisyah yang menjadi pendamping nabi kemudiannya menjadi antara periwayat hadith yang ulung dan menjadi sumber rujukan sahabat.
.
Oleh itu ayuhlah wanita untuk sama-sama berperanan bukan sekadar dalam mencorakkan keluarga sendiri akan tetapi melangkaui tanggungjawab membina masyarakat, negara dan agama sebagaimana yang Allah nyatakan dalam surah At Taubah di atas. Serlahkan bakat pengurusan dan kepimpinanmu dan bermanfaatlah untuk ummah dalam apa jua bidang. Bertindaklah sekarang atau teruskanlah perjuangan! ?
.
Kehebatan wanita bukan sekadar diperlukan dalam lingkuangan rumah tangga akan tetapi perlu dimanfaatkan sebaiknya untuk dunia yang lebih bermakna! Saksama bersama.

#SelamatHariWanita
#SaksamaBersama

Sampaikan Islam, Perkasakan Mualaf

>>www.hidayahcentre.org.my

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top