fbpx

Wakaf Naskah Al-Quran

20 Febuari 2022 Ahad,

Alhamdulillah. Sukarelawan Rakan Hidayah merasa bertuah apabila sebuah Masjid di Daerah Bau telah mewakafkan beberapa naskah Al-Quran untuk Kelas Bimbingan Saudara Baru (KBSB) Daerah Bau. Jazakumullah khairan. Kelas Bimbingan Saudara Baru diteruskan lagi pada minggu ini di tiga buah kampung. Selain semakan bacaan Iqra pengajian yang diberikan kepada pelajar ialah berkenaan ilmu kefahaman Islam.

Sehubungan itu mesyuarat bulanan untuk Rakan Hidayah di Daerah Bau juga turut berlansung di Kpg Kopit, Bau dengan kehadiran Sukarelawan Rakan Hidayah bagi membincangkan beberapa agenda. Sudah tentu banyak penambahbaikan ditekankan demi pelaksanaan idea baru yang lebih baik.

Sekiranya ada saudara baru yang berminat menyertai Kelas Bimbingan Saudara Baru (KBSB) bolehlah menghubungi di talian seperti di bawah untuk sebarang pertanyaan. Kami daripada Tim RH Kuching -Samarahan berharap akan lebih ramai lagi dapat bersama kami dalam misi #SampaikanIslamMemperkasaMualaf.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top