fbpx

MAJLIS RAMAH MESRA MUALAF PETALING JAYA

Alhamdulillah.Baru- baru ini telah diadakan Majlis Ramah Mesra Mualaf Petaling Jaya di pejabat cawangan Hidayah Centre Foundation Kota Damansara pada hari Ahad, 20 Februari 2022.

Lebih 10 orang mualaf bersama keluarga turut hadir bersama sukarelawan Rakan Hidayah HCF Petaling Jaya dalam majlis yang diadakan meriah tetapi cukup sederhana ini.

Majlis dimulakan dengan bacaan surah Al- Fatihah oleh salah seorang anak mualaf diikuti tadabbur dai Ustaz Osman, Ketua Rakan Hidayah PJ yang turut bertindak sebagai pengacara majlis.

Majlis turut menjemput Ustaz Faryzal dari Baitul Salam untuk bersama berkongsi cerita dan menyampaikan sedikit tazkirah.

Mualaf turut gembira selain dengan hidangan yang lazat disediakan, hampir semua tetamu menerima hadiah cabutan bertuah.

Semoga majlis sebegini dapat mengeratkan lagi ukhuwah masyarakat setempat untuk cakna dengan isu mualaf. Pejabat HCF Kota Damansara ini baru sahaja memulakan operasinya dan bakal diadakan kelas bimbingan mualaf, insyaAllah.

Sampaikan Islam, Perkasakan Mualaf

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top