fbpx

PROGRAM HARMONI SEMPENA HARI WILAYAH & TAHUN BARU CINA 2022

BANGSAR, 14 FEBRUARI 2022- Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq (MSABA) dengan kerjasama Hidayah Centre Foundation (HCF), Gabungan Dakwah Malaysia (GDM), dan Malaysian Chinese Muslim Association (MACMA) telah mengadakan satu Program Harmoni Sempena Hari Wilayah Persekutuan Dan Menyantuni Masyarakat Cina Sekitar Bangsar.

Alhamdulillah seramai 50 orang masyarakat berbangsa Cina golongan B40 sekitar Bangsar disantuni & diraikan sempena Hari Wilayah & Tahun Baru Cina.

Antara aktiviti yang dijalankan adalah pemberian sumbangan yang berupa barangan keperluan asas dan ‘Ang pow’ bagi meraikan kehadiran para tetamu. Tetamu turut berpeluang mengenali fungsi masjid dan berkesempatan mengikuti aktiviti jelajah masjid juga menyaksikan masyarakat Muslim solat berjemaah fardhu asar.

Program ini juga turut dihadiri oleh YBhg. Dato’ Haji Salleh bin Yeop Abdul Rahman selaku Pengerusi Jawatankuasa Masjid, Ustaz Mohd Berkat bin Hasan Wakil Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pengurusan Masjid JAWI, Ybhg. Ustaz Mohd Faizul bin Mohd Razali Pegawai Tadbir Agama Zon 6, Dato Mohd Chan Abdullah selaku pengasas Chan’s Restaurant, Puan Kim Chee Presiden Persatuan Penduduk Bangsar Baru, Tuan Mohd bin Johari Pengerusi Persatuan Penduduk PPR Sri Pahang, Hj. Wan Ahmad Nizar Pengerusi GDM, dan Abdul Ghaffar Mohamad Sharif CEO GDM & Tuan Noli Husain, Pengarah Outreach Hidayah Centre Foundation.

Semoga program ini dapat memberi manfaat kepada semua golongan juga mengeratkan lagi hubungan harmoni diantara satu sama lain dalam maysarakat berbilang bangsa & agama di sekitar Bangsar ini.

Sampaikan Islam, Perkasakan Mualaf

#HCF
#GDM
#MACMA
#MSABA
#MASJIDBANGSAR

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top