fbpx

Kunjungan Hormat NGO-NGO GDMPP ke Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP)

Alhamdulillah pada tanggal 7 Januari 2022 bersamaan 3 Jamadil Akhir 1443H, Hidayah Centre Foundation Pulau Pinang (HCFPP) telah bersama-sama Gabungan Dakwah Malaysia Pulau Pinang untuk membuat kunjungan hormat ke JHEAIPP.

Kunjungan ini bertujuan untuk memperkenalkan Gabungan Dakwah Malaysia Pulau Pinang (GDMPP) dan secara tidak langsung NGO-NGO di bawah GDMPP kepada JHEAIPP. Selain daripada itu, beberapa cadangan juga telah dikemukakan kepada Dato’ Mohd Zakuan bin Haji Zakaria selaku Pengarah JHEAIPP bagi kepentingan dakwah di Pulau Pinang.

Harapan kami agar dapat lah JHEAIPP bersama-sama NGO-NGO GDMPP seperti HCF sendiri untuk terus bekerjasama dalam merealisasikan misi-misi dakwah di Pulau Pinang pada masa akan datang.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top