Pada Tahun 2019, saudara Tan Mike Foong, seorang mualaf serta OKU penglihatan dari Program Sijil Asas Tahfiz Darul Quran JAKIM telah berjaya menghafaz sebanyak 10 juzuk al-Quran.
Pada hari ini, 10 Januari 2022, alhamdulillah saudara Tan Mike Foong telah berjaya mengkhatamkan hafazan 30 juzuk al-Quran keseluruhannya. Bukan setakat menghafaz, saudara Mike juga telah ‘menulis’ 30 juzuk al-Quran dengan tulisan braille sebagaimana yang telah ditetapkan dalam proforma Program Diploma Darul Quran.
InsyaAllah, saudara Mike yang kini berada di semester akhir Program Diploma Tahfiz Al-Quran & Al-Qiraat Darul Quran JAKIM akan diraikan bersama-sama sahabat-sahabatnya yang lain dalam Majlis Khatam Hafazan Al-Quran yang dijadualkan pada 5 Mac 2022.
Semoga saudara Tan Mike Foong terus menjadi inspirasi buat semua mualaf dan umat Islam seluruhnya. Tahniah Mike!
Sampaikan Islam, Perkasakan Mualaf