fbpx

SYABAS & TAHNIAH! Azzalea Hassya Mozes, mualaf santunan Hidayah Centre Foundation.

“Syukur Alhamdulillah dan setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kehadrat Ilahi.

Dengan kesempatan yang ada ini saya amat berbesar hati untuk menghadiahkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak HIDAYAH CENTRE FOUNDATION & SEMUA WARGA PENYUMBANG yang telah membantu saya tidak kira dari segi apa pun.

Hanya Allah SWT yang mampu membalas segala jasa budi kalian semua. Tanpa pertolongan dan sokongan daripada kalian tidak mungkin saya mampu untuk mencapai kejayaan yang saya kecapi pada ketika ini” -Elsie Hassya Mozes

Alhamdulillah!

Elsie Mozes @ Azzalea Hassya Mozes merupakan salah seorang mualaf santunan Hidayah Centre Foundation Sabah. Beliau telah memeluk Islam di HC Keningau pada tahun 2014 dan terus dibantu bagi mendalami ilmu agama di IPDAS,Kudat – IPDAS,Keningau – Kolej Universiti Islam,Perlis (KUIPs).

Selepas itu, beliau menyambung pula pengajian dalam bidang Ijazah sarjana muda pentadbiran perniagaan (kepujian) keusahawanan. Setelah 4 tahun belajar (2017-2021), beliau telah menghabiskan pengajian dengan kepujian ??

Terima kasih buat semua penyumbang!

Ramai lagi mualaf & keluarga bakal dibantu untuk menyambung pelajaran dalam usaha memperkasakan mualaf.

Jom! Kongsi pahala dalam usaha dakwah & pemerkasaan mualaf.
>>> www.dahsedekah.com
>>> www.dahsedekah.com

#HidayahCentreFoundation
#MualafContoh

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top