14 Oktober 2021 (Khamis) – Alhamdulillah, HCF telah menerima sumbangan 50 set bakul makanan daripada Telekom Malaysia cawangan Kota Kinabalu melalui Inisiatif TOLONG MENOLONG.
Seluruh warga HCF Kota Kinabalu mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada Telekom Malaysia atas sumbangan ini dan akan diagihkan kepada Asnaf di sekitar Kota Kinabalu.
Semoga kerjasama yang berterusan ini dapat melonjakkan lagi gerak kerja kebajikan, kemasyarakan dan outreach di HCF Kota Kinabalu, insyaAllah.