Alhamdulillah. Pada Ahad lepas (3/10/2021), delegasi Hidayah Centre Foundation yang diketuai tuan CEO, telah bersama menghadiri aktiviti tinjauan 2 buah rumah infak/wakaf yang dicadangkan sebagai pusat aktiviti HCF Pahang di Medan Tok Sira & Jalan Bukit Ubi.
Turut diadakan ialah perbincangan dua hala melihat peluang kerjasama antara HCF dan Masjid Medan Tok Sira dalam usaha dakwah & santunan mualaf, turut berbesar hati dengan kehadiran pihak Zakat Pahang.
Terima kasih diucapkan kepada para penginfak & pewakaf. Urusan selanjutnya akan dimuktamadkan sesegera mungkin.
Semoga usaha dakwah keharmonian Islam & santunan mualaf akan lebih mekar dengan penglibatan anda semua inshaAllah.
Hidayah Centre Foundation adalah milik ummah, dan kami sangat mengalu-alukan anda semua untuk bersama kami sebagai sukarelawan dakwah “Rakan Hidayah” dengan mendaftar di link ini https://hidayahcentre.org.my/rakan-hidayah/.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang program dan aktiviti HCF, anda boleh layari https://hidayahcentre.org.my.
#HidayahCentreFoundation
#SampaikanIslamPerkasakanMualaf
#HCFMilikUmmah