4 Oktober, Kota Bharu – Hidayah Centre Foundation telah menerima sekeping tanah yang dihibahkan oleh beberapa penyumbang budiman untuk menjayakan misi kelestarian dana HCF.
Sesi penyerahan geran tanah tersebut telah disempurnakan dengan kehadiran Tuan Haji Wan Ahmad Nizar, Bendahari Lembaga Pemegang Amanah HCF, Tuan Haji Muhammad Fakharuddin, Ketua Pegawai Eksekutif HCF, Tuan Haji Che Rahimi,YDP IKRAM Negeri Kelantan serta para wakil waris keluarga penyumbang tanah tersebut.
Sesi penerimaan ini juga telah disempurnakan dengan aktiviti lawatan tapak ke tanah yang dihibahkan dan ziarah pusara penyumbang.
Sekalung penghargaan buat waris-waris almarhumah yang bersama menyokong usaha murni HCF. Semoga menjadi pahala saham akhirat yang berterusan buat almarhumah.
HCF juga amat menghargai sokongan semua masyarakat melalui sumbangan hartanah dan aset dalam menjayakan misi kelestarian dana HCF.
Sekiranya berminat untuk menyumbang, sila hubungi En Safwan di talian 017-8479763.
#hidayahcentrefoundation
#unitdanalestari
#infaqabadi
#sampaikanislam
#perkasakanmualaf