BERITA GEMBIRA: PENGISLAMAN SEORANG SAUDARA BARU
19 September 2021
2.30 pm – 4.00 pm
Pejabat HCF Johor
Alhamdulillah, selesai proses syahadah seorang saudara baru, kacukan Filipino dan Cina Malaysia.
Bulan April yang lepas, beliau datang ke pejabat HCF Johor dengan bantuan kawannya untuk dapatkan penerangan lebih lanjut berkenaan Islam. Sebelum beliau pulang, kami hadiahkan senaskah terjemahan Quran untuk beliau rujuk.
Alhamdulillah, hari ini, selepas hampir 5 bulan, beliau datang kembali, bersedia untuk bersyahadah. Katanya terjemahan Quran yang beliau baca banyak membantu untuk beliau lagi faham tentang Islam. Proses seterusnya dibantu oleh pendakwah JAINJ, Hj Hafidzuddin Raja. Terus selesaikan laporan polis dan lain-lain dokumen yang diperlukan untuk diserahkan kepada JAINJ.
Doakan moga saudara baru ini istiqamah atas kebenaran dan dipermudahkan urusan seterusnya.
Jom sertai kami sebagai rakan hidayah;https://hidayahcentre.org.my/rakan-hidayah/
Jom sumbangkan dana untuk urusan dakwah dan pemerkasaan mualaf kami;https://www.billplz.com/sedekahjohor