fbpx

HCF Menandatangani MoU Bersama UIAM

Kuala Lumpur, 1 Oktober 2021 – Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) telah menjalinkan kerjasama strategik bersama 6 institusi bagi mengukuhkan hubungan dan kerjasama industri bagi manfaat kedua-dua belah pihak.

Kerjasama ini telah dimeterai dalam majlis menandatangani memorandum persefahaman yang berlangsung secara maya pagi ini.

Tuan Haji Muhammad Fakharuddin bin Abdul Kudos, CEO Hidayah Centre Foundation telah hadir menandatangani perjanjian ini mewakili Hidayah Centre Foundation yang disaksikan oleh Prof. Emiritus Tan Sri Dato Dzulkifli Abdul Razak, rektor UIAM.

Institusi lain yang turut terlibat dalam kerjasama ini ialah Coretech System Co. Ltd., Global Peace Mission, Institut Jantung Negara Sdn Bhd, Muehlbauer Technologies Sdn. Bhd. dan Nippon Muslim Corporation.

Semoga kerjasama ini membuka lebih luas lagi ruang kerjasama dalam melaksanakan pelbagai program di masa akan datang.

Sampaikan Islam, Perkasakan Mualaf

#HidayahCentreFoundation
#HCFxUIAM

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top