Assalamualaikum wrt.
Dukacita dimaklumkan, mantan Pengurus Dana Hidayah Centre Foundation, Dr Mohd Tahir bin Abdul Rahman telah kembali kerahmatullah pagi ini, Selasa, 28 September 2021.
إِنَّا لِلهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْه, وَعَافِه ِ وَاعْفُ عَنْه, وَأَكْرِمْ نُزُلَه, وَوَسِّعْ مُدْخَلَه , وَاغْسِلْهُ بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالْبَرَدِ , وَنَقِّه مِنَ الْخَطَايَا كَمَا يُنَقَّى الثَّوْبُ الأَبْيَضُ مِنَ الدَّنَسِ ، وَأَدْخِلْه دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِهِ , وَأَهْلا خَيْرًا مِنْ أَهْلِه , وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِهِ , وَأَدْخِلْهُ الْجَنَّةَ , وَأَعِذْهُ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ , وَمِنْ عَذَابِ النَّارِ
“Ya Allah, ampunilah baginya dan kasihilah dia dan afiatkan dia dan maafkanlah kesalahannya dan muliakan kedudukannya dan lapangkan kuburnya”
Al-fatihah.
Keluarga besar HCF begitu merasai kehilangan beliau yang selama ini begitu banyak berjasa dan memberikan sepenuh komitmen menjadi pendakwah bersama Hidayah Centre Foundation.
Salam takziah buat seluruh ahli keluarga.
Sampaikan Islam, Perkasakan Mualaf
#HidayahCentreFoundation