fbpx

Ziarah Mahabbah HCF Bintulu ke Pusat Ruqrah

10 September 2021 Jumaat
HCF Bintulu

Alhamdulillah, Hidayah Centre Foundation Cawangan Bintulu telah melakukan ziarah ke pusat Ruqyah Syar’iyyah Group Bintulu. Tujuan HCF Bintulu melakukan ziarah ini adalah untuk memperkenalkan Hidayah Centre Foundation dan membincangkan program-program yang boleh diadakan kerjasama juga bagi merapatkan lagi ukhuwah islamiah antara HCF Bintulu dan Ruqyah Syar’iyyah Group Bintulu.

Ziarah ini bermula dengan pertemuan kakitangan HCF Bintulu bersama Ustaz Malik Faisal dan rakannya saudara Khalidi. Kami dimaklumkan bahawa Ustaz Malik Faisal mengusahakan Ruqyah Syar’iyyah Bintulu sejak 2004 lagi. Selain khidmat ruqyah ada juga khidmat bekam, urut tradisional dan rawatan Kiropraktik.

Semoga dengan adanya usaha ini dapat mengeratkan lagi ukhuwah islamiah dan membantu dalam usaha menyampaikan islam dan memperkasakan mualaf. InsyaAllah.

🔎Info lanjut mengenai HCF:
🌐Web: www.hidayahcentre.org.my
📷Instagram: https://instagram.com/hidayahcentrefoundationsarawak
🆕Telegram: https://t.me/buletinHCF

📥Kongsi Pahala:
🏧 5505 1085 0061 (Maybank)
Reference: HCF BINTULU

Hubungi HCF Bintulu: 013-8178159 (Mohamasir Muhammad)

#ziarahkeruqyahsyariyyahgroup
#HidayahCentreFoundationBintulu
#SampaikanIslamPerkasakanMualaf

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top