fbpx

ZIARAH AGIHAN BANTUAN BULANAN MUALAF (OGOS 2021)

Ogos 2021
Rakan Hidayah Bandaraya Johor Bahru

Alhamdulillah, bulan Ogos lepas seramai 20 orang mualaf santunan HCF Johor telah diziarahi oleh para sukarelawan Rakan Hidayah BJB.

Terima kasih kepada semua pihak yang telah menyumbang tenaga dan dana. Bantuan asas makanan adalah sumbangan ikhlas daripada NGO Raudhatul Maryam dan NGO Infaq Nurani.

Semoga ziarah ini bukan setakat meringankan sedikit beban para mualaf yang kami santuni, malah mengeratkan hubungan ukhuwah dan keprihatinan seorang muslim terhadap muslim yang lain.

Kami alu-alukan sesiapa yang ingin bersama melakukan ziarah dan membantu urusan-urusan yang berkaitan dengan mendaftar sebagai sukarelawan Rakan Hidayah HCF.

Doakan, dengan sokongan semua, ziarah sebegini dapat kami lakukan secara berkala.

Daftar Rakan Hidayah:https://hidayahcentre.org.my/rakan-hidayah/

Sumbangan Dana:https://www.billplz.com/sedekahjohor

#SampaikanIslamPerkasakanMualaf

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top