Program Pengisian Bulanan Di Surau Darul Huda, Sibu

29 Ogos 2021 Ahad
HCF Sibu

Pada 29 Ogos 2021, Ahad, Hidayah Centre Foundation Cawangan Sibu telah melakukan program pengisian bulanan yang dilakukan di Surau Darul Huda, Kampung Sebintek Hilir Sibu kepada saudara-saudara baru di sana.

Program pengisian bulanan tersebut telah bermula dari pukul 3.00 PM sehingga 4.30 PM. Tajuk yang disampaikan kepada saudara baru di sana ialah mengenai “Hijrah: Penghambaan Sesama Manusia Ke Kemerdekaan Penghambaan Kepada Allah SWT” yang telah disampaikan oleh Ustaz Abdullah Rabbani, Imam Masjid An Nur Sibu. Semoga pengisian bulanan ini akan terus dilakukan supaya saudara baru terus belajar dan terus melihat perkembangan saudara-saudara baru yang ada di sana.

InsyaAllah kepada para mualaf mahupun saudara Islam yang baharu di Sibu yang ingin mendapat bimbingan ataupun pertanyaan tentang Islam yang diperlukan, boleh hubungi nombor yang tertera di bawah. Semoga Allah SWT permudahkan urusan yang dilakukan InsyaAllah.

?Info lanjut mengenai HCF:
?Web: www.hidayahcentre.org.my
?Instagram: https://instagram.com/hidayahcentrefoundationsarawak
?Telegram: https://t.me/buletinHCF

?Kongsi Pahala:
? 5505 1085 0061 (Maybank)
Reference: HCF SIBU

Hubungi HCF Sibu: 017-2170675 (Bro Syukri Jaffar)

#HidayahCentreFoundationSarawak
#SampaikanIslamPerkasakanMualaf

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top