fbpx

Program Ziarah Mahabbah Rakan Hidayah Sarawak Bersama HCF Pusat

29 Ogos 2021
Ahad
HCF Sarawak

Alhamdulillah pada hari Ahad 29 Ogos 2021 yang lalu, Hidayah Centre Foundation Sarawak telah mengadakan Program Dalam Talian Ziarah Mahabbah Rakan Hidayah Sarawak yang telah dianjurkan oleh Hidayah Centre Foundation Sarawak dengan kerjasama Hidayah Centre Foundation Pusat serta Ahli Jawatankuasa Sukarelawan Rakan Hidayah seluruh Sarawak yang berlangsung dari pukul 9.00 malam sehingga 10.30 malam.

Dan alhamdulillah program berlangsung dengan baik dan dipermudahkan untuk semua yang menyertai. Antara objektif pelaksanaannya ialah untuk memperkenalkan barisan pimpinan Hidayah Centre Foundation yang terkini, untuk melihat perkembangan terkini Hidayah Centre Foundation serta untuk melihat maklum balas Rakan Hidayah Kawasan. Semoga program sebegini akan dapat diteruskan pelaksanaannya pada masa yang akan datang.

InsyaAllah kepada para mualaf mahupun saudara Islam yang baharu di Sibu yang ingin mendapat bimbingan ataupun pertanyaan tentang Islam yang diperlukan, boleh hubungi nombor yang tertera di bawah. Semoga Allah SWT permudahkan urusan yang dilakukan InsyaAllah.

?Info lanjut mengenai HCF:
?Web: www.hidayahcentre.org.my
?Instagram: https://instagram.com/hidayahcentrefoundationsarawak
?Telegram: https://t.me/buletinHCF

?Kongsi Pahala:
? 5505 1085 0061 (Maybank)
Reference: HCF SARAWAK

Hubungi HCF Sarawak: 082-597958

#HidayahCentreFoundationSarawak
#SampaikanIslamPerkasakanMualaf

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top