Assalamualaikum. Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT kerana dengan izin-Nya pihak kami dapat menyerahkan bantuan ini kepada 18 buah keluarga muallaf di Kampung Lingkabau, Dampiron, Melapi dan Timpus Paitan Sabah.
Terima Kasih kepada para penyumbang budiman yang memberi kepercayaan kepada pihak kami, untuk kami sampaikan niat suci tuan-tuan & puan-puan untuk menghulurkan sumbangan kepada masyarakat yang terjejas & memerlukan.
Semoga Allah SWT menerima amal ibadah para penyumbang budiman sekalian. Terima kasih.