HCKM : QURBAN FOR MUALAF DI KG MORION 202120 Julai 2021 (Selasa) | Salam AidilAdha buat semua umat Islam.Alhamdulillah, Hidayah Centre Foundation Cawangan Kota Marudu (HCKM) telah selesai menyempurnakan program Qurban For Mualaf di Kg. Morion, Kota Marudu. Seekor lembu telah berjaya disembelih dan dagingnya diagihkan kepada 70 penerima mualaf dan fakir miskin sekitar kampung.
Para penerima daging qurban mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua penyumbang yang sudi menyumbangkan haiwan qurban kepada mereka. HCKM juga ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada para penyumbang kerana telah memilih untuk melaksanakan ibadah qurban bersama Hidayah Centre Foundation pada tahun ini.
Semoga amal ibadah ini diterima Allah SWT dan memberi kegembiraan kepada semua yang menerima daging qurban pada tahun ini.
Jom ! teruskan menyumbang kepada Hidayah Centre Foundation Sabah :
The Trustees of Hidayah Centre Foundation Registered
Maybank 5505 1085 0017
Hotline HCF Sabah : https://wa.me/+601118812126
#SampaikanIslamPerkasakanMualaf