fbpx

GEMA TAKBIR MUALAF HARI RAYA AIDILADHA 1442H

19 Julai 2021- Alhamdulillah, baru-baru ini majlis Gema Takbir Mualaf Hari Raya Aidiladha telah dapat dilaksanakan dengan jayanya melibatkan penyertaan lebih 130 orang. Antara yang terlibat dalam memeriahkan majlis ini adalah dikalangan mualaf, sukarelawan Rakan Hidayah dan staff NGO yang terlibat termasuk Hidayah Centre Foundation, Gabungan Dakwah Malaysia, Pertubuhan Kadazan Dusun Murut Muslim Semalaysia (KDMRS) dan He-Ping Chinese Muslim.

Takbir raya yang dilaksanakan secara maya ini merupakan inisiatif bagi memupuk juga membimbing amalan sunah bersama para mualaf. Para mualaf juga diberi peluang bagi mengetuai alunan takbir hari raya ini.

Usai takbir dijalankan, sedikit tazkirah berkaitan kebergantungan kepada Allah setiap masa telah disampaikan oleh Tuan Joannes Lukas, Pengarah Jabatan Operasi HCF kepada semua peserta yang menyertai.

Alhamdulillah. Semoga usaha ini serba sedikit dapat memberi kegembiraan buat mualaf dalam menyambut Hari Raya Aidiladha dalam suasana norma baharu ini.

Sampaikan Islam, Perkasakan Mualaf

#HidayahCentreFoundation

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top