fbpx

Mualaf Terus Dibantu di Musim PKP

Hampir setiap hari kami di Hidayah Centre Foundation Kedah menerima pelbagai bentuk rintihan dan keluhan dari Mualaf yang sangat terjejas akibat PKP kali ini…mereka ada yang diantaranya hilang sumber pendapatan, tidak dapat bekerja dan ada yang diberhentikan kerja.

Ada mualaf yang menghubungi kami dan mintak tolong untuk bayarkan sewa rumah yg tertunggak dan ada mualaf yg tidak ada duit utk membeli susu dan pamper untuk anak mereka.

Ada mualaf down dari segi emosi kerana hilang sumber kewangan lalu ada yang kami Bantu berikan modal perniagaan

Ada mualaf yg dihalau keluar dari rumah di musim PKP ini

Bayangkan Kalau mereka adalah adik beradik Kita dan Saudara Kita….Apakah perasaan Kita

Hati ini berasa sungguh sayu dan bercampur sedih sehinggakan Kita tidak dapat berkata apa2 tergamam dan menjadi kaku…Kita banggaikan orang yg hanya mampu mendengar rintihan mereka sahaja

Satu sahaja doa yg aku selalu mohon iaitu tetapkanlah iman mereka

Kami dari HCF Kedah Akan tetap terus membantu Mualaf sekadar yg kami Mampu inshaAllah.

#hidayahcentrefoundation
#FightCovid19

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top