fbpx

TAHNIAH BUAT PENGARAH HCF

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan buat Tuan Noli bin Husain di atas pelantikan sebagai Pengarah Jabatan Outreach dan Tuan Joannes bin Lukas sebagai Pengarah Jabatan Operasi Hidayah Centre Foundation yang baharu.

Tuan Noli Husain yang berkelulusan Sarjana Muda Kujuruteraan Awam dari Universiti Teknologi Malaysia telah melibatkan diri secara aktif sebagai sukarelawan HCF sejak tahun 2013 lagi. Sebelum ini, beliau menjawat jawatan Pengurus Wilayah Tengah Hidayah Centre Foundation. Beliau pernah dicalonkan sebagai penerima anugerah Tokoh Pendakwah Non Muslim (etnik Melayu) di Konvensyen Gabungan Dakwah peringkat Kebangsaan 2018. Beliau juga merupakan pencetus juga master trainer ASARA-PK iaitu teknik menyampaikan dakwah secara harmoni, berhikmah, mudah difahami dan ternyata berkesan. Beliau juga dilantik sebagai panel penasihat bengkel pembinaan modul fungsi dakwah & pengkaderan Jabatan Agama Islam Selangor.

Tuan Joannes Lukas pula berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan (Proses dan Makanan),Universiti Putra Malaysia. Sebelum ini, beliau menjawat jawatan Pengurus Hidayah Centre Foundation Sabah sejak bulan Januari tahun 2014.

Semoga segala ilmu pengetahuan & kepakaran ini dapat dimanfaatkan untuk menerajui Hidayah Centre Foundation ke arah agenda pembangunan ummah selari dengan usaha menyampaikan Islam & pemerkasaan mualaf.

Tahniah! dari seluruh ahli keluarga Hidayah Centre Foundation

Sampaikan Islam, Perkasakan Mualaf

#HidayahCentreFoundation

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top