fbpx

?????????? ??????????? ????? ??????? ?????? ????

Melawati, Selangor – Pada hari Ahad, tanggal 26 Jun 2021 baru-baru ini, Hidayah Centre Foundation (HCF) telah menganjurkan Program Rakan Hidayah (RH) Gathering secara atas talian yang mengumpulkan Rakan Hidayah baharu seluruh Malaysia bagi meraikan kehadiran mereka menjadi sebahagian daripada keluarga besar Hidayah Centre Foundation (HCF).

Disamping meraikan RH baharu, RH Gathering ini juga telah menggariskan 3 objektif utamanya iaitu bagi memperkenalkan HCF dan peranan serta operasi Rakan Hidayah. Keduanya, menyemai benih kesedaran menyampaikan Islam kepada masyarakat majmuk dan santunan kebajikan kepada mualaf. Objektif ketiga adalah bagi menggalakkan penyertaan RH ke dalam aktiviti HCF di Kawasan.

Seramai 130 orang Rakan Hidayah telah menyertai RH Gathering ini yang dimeriahkan dengan pelbagai perkongsian juga pengisian. Antaranya adalah perkongsian bertajuk kewajipan sampaikan Islam oleh saudari Aisyah, Pengenalan HCF oleh saudara Wan Muhammad dan kisah cabaran mualaf oleh Puan Siti Aisyah.

Alhamdulillah, maklumbalas yang diterima dari Rakan Hidayah amat memberangsangkan dan rata-ratanya menghargai pertemuan seperti ini. Mudah-mudahan RH Gathering ini menjadi platform yang baik untuk mengeratkan lagi ukhwah dalam menggerakkan aktiviti dakwah & pemerkasaan mualaf.

Sampaikan Islam, Perkasakan Mualaf

#HidayahCentreFoundation

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top