fbpx

????????? ?????? ??? ?? ????? ?????? ?????? ??? ??????????, ??????? ????????? ?????, ??? ?????? ????

15 Jun 2021 โ€“ HCF meneruskan lagi usaha menjalin jaringan dan kerjasama dengan Pusat Kajian Dakwah dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam, UKM bagi memantapkan perjuangan dan gerak kerja bersama agar dapat memberi manfaat untuk ummah.

HCF melalui unit Penyelidikan dan Pembangunan telah mengadakan kunjungan hormat secara maya ke pihak pengurusan Pusat Kajian Dakwah dan Kepimpinan bagi menyampaikan tujuan kerjasama sehingga termetarainya Memorandum Persefahaman (MOU) antara kedua belah pihak.

Antara kerjasama yang bakal dijalankan antara HCF dan Pusat Kajian Dakwah dan Kepimpinan ialah melibatkan penempatan pelajar latihan industri, penyelidikan, program dan latihan sukarelawan.

Pada majlis tersebut, HCF yang diwakili oleh Hj Muhammad Fakharuddin Abd Kudos, CEO HCF bersama 14 delegasi yang mewakili setiap jabatan di HCF.

Pihak Pusat Kajian Dakwah dan Kepimpinan pula diketuai oleh Pengerusi Dr Muhamad Faisal Asha’ari, Ketua Program Dakwah dan kepimpinan Prof. Madya Dr. A’dawiyah Ismail, serta para pensyarah program dakwah dan kepimpinan .

HCF sangat menghargai sambutan baik dari pihak Pusat Kajian Dakwah dan Kepimpinan atas kerjasama yang bakal dijalankan ini.

Semoga usaha bersama ini akan membuahkan hasil yang akan memberi manfaat kepada ummah.

Sampaikan Islam, Perkasakan Mualaf

#HidayahCentreFoundation

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top