10 Jun 2021 – HCF terus mengorak langkah kehadapan demi mencapai misi dan visi dengan menjalinkan kerjasama strategik bersama Badan Bukan Kerajaan (NGO), Badan kerajaan, Universiti dan institusi lain.
Terkini, HCF melalui unit Penyelidikan telah mengadakan kunjungan hormat secara maya ke pihak pengurusan KUIPSAS Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah – Kuipsas bagi menyampaikan tujuan kerjasama sehingga termetarainya Memorandum Persefahaman (MOU) antara kedua belah pihak.
Antara kerjasama yang bakal dijalankan antara HCF dan KUIPSAS ialah melibatkan penempatan pelajar latihan industri, penyelidikan, program dan latihan sukarelawan.
Pada majlis tersebut, HCF yang diwakili oleh Hj Muhammad Fakharuddin Abd Kudos, CEO HCF bersama 12 delegasi yang mewakili setiap jabatan di HCF.
Pihak KUIPSAS pula diketuai oleh Rektor KUIPSAS iaitu Prof. Madya Dr. Haji. Mohd Zawavi Bin Zainal Abidin, SMP.AMP, Pihak Pengurusan Kanan KUIPSAS, Ketua Jabatan, Puan Norfadhelah Nordin, Pegawai Undang-undang dan para Pensyarah Jabatan Dakwah.
HCF sangat menghargai sambutan baik dari pihak KUIPSAS dan kerjasama yang bakal dijalankan ini.
Semoga usaha bersama ini akan membuahkan hasil yang akan memberi manfaat kepada ummah.
Sampaikan Islam, Perkasakan Mualaf