fbpx

??? ???????-?????? ??? ??????

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan buat ???? ???? ???????? ??????????? ??? ????? ?????, di atas pelantikan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Hidayah Centre Foundation yang baharu.

Tuan Haji Muhammad Fakharuddin yang berkelulusan Sarjana Muda Perakaunan dan Kewangan dari Universiti Monash, Australia telah melibatkan diri secara aktif sebagai sukarelawan HCF sejak tahun 2012 lagi.

Beliau yang berpengalaman melebihi 22 tahun dalam bidang perakaunan dan pengurusan risiko di bawah pelbagai syarikat juruaudit terkemuka seperti KPMG, MAVCAP – Cradle Investment Program dan Naib Presiden Alam Teknokrat (Skali). Beliau juga berpengalaman menyandang jawatan CEO bagi syarikat Skali Brunei, Skali E-Ventures dan AKRAB Group.Beliau pernah dilantik menjadi Ketua Pegawai Operasi Sekolah Rendah Islam Al Amin, Kerteh.

Pada bulan Mei 2019, beliau telah dilantik menyandang jawatan Pengarah Jabatan Jalinan Strategik & Perkhidmatan Korporat HCF. Tuan Haji Muhammad Fakharuddin telah dilantik menggantikan Tuan Haji Nicholas Sylvester berkuatkuasa Jun 2021 ini.

Semoga segala ilmu pengetahuan, kepakaran juga pengalaman beliau dapat menerajui Hidayah Centre Foundation ke arah agenda pembangunan ummah selari dengan usaha menyampaikan Islam & pemerkasaan mualaf.

Tahniah! dari seluruh ahli keluarga Hidayah Centre Foundation.

Sampaikan Islam, Perkasakan Mualaf

#HidayahCentreFoundation
#CEOHCF

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top