fbpx

??????? ???? ???? ????????? ?????? ?????? ??????? ??? 3.0

Alhamdulillah, baru-baru ini sukarelawan Rakan Hidayah Ampang Jaya telah berkesempatan menyampaikan bantuan pek barangan makanan asas Hidayah Food Bank juga kuih raya kepada 30 keluarga mualaf yang telah dikenalpasti memerlukan di sekitar Ampang Jaya. Sumbangan ini dilaksanakan segera berikutan arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 3.0) yang bakal dilaksanakan semula bermula 1 Jun 2021.

Sumbangan pek makanan ini merupakan hasil sumbangan orang ramai melalui kempen Hidayah Food Bank bagi meringankan bebanan keluarga mualaf yang melalui fasa getir pandemik Covid-19 ini.

Terima kasih diucapkan buat semua penyumbang budiman yang bersama-sama menyumbang untuk kebajikan mualaf ini. Semoga Allah melimpahkan kebaikan buat semua penyumbang dan keluarga.

Anda masih boleh menyumbang melalui kombo RM50 dan RM30 sepertimana poster di atas. Hantarkan slip sumbangan ke https://wa.me/601160552445

Sampaikan Islam, Perkasakan Mualaf

#HidayahCentreFoundation
#HidayahFoodBank

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top