Puan Farah Aliyyah binti Abdullah, seorang mualaf Filipino santunan HCFJ ini sangat mahir dalam membuat pelbagai jenis produk makanan sama ada yang berbentuk savouri atau manisan.
Antara produk makanan beliau adalah biskut seperti Choc Chips, Swisstart Nutella Hazelnut dan Tart Nenas. Selain itu, beliau juga ada menjual pastri seperti cinnamon roll dan bomboloni, serta makanan savouri seperti chicken ala pobre dan satay. Jika hendak disenaraikan semuanya di sini, mungkin akan makan masa seharian untuk siap ditulis. Yang pasti, hampir semua makanan yang dijual adalah homemade.
Satu lagi perkara yang menarik tentang bisnes puan farah ini adalah ia menyediakan servis pakej makanan bagi sesiapa yang ingin memberikan kejutan kepada insan tersayang pada hari-hari istimewa mereka.
Kata beliau;“Mama’s Recipe believe that true love and true friendship does not stop with MCO LOCKDOWN…no matter how far or near you are, WE at Mama’s Recipe are here to send your unconditional love via surprise food packages with your personalize messages with LOTS OF LOVE n CARE”
Dikepilkan beberapa keping gambar produk makanan beliau di sini. Jika anda berminat untuk membeli atau membuat sebarang tempahan, boleh hubungi beliau melalui;wassap.my/0167111981/Tempahanpuanfarah
Anda juga boleh singgah ke Instagram bisnes beliau iaitu https://www.instagram.com/_mamasrecipe/ (@_mamasrecipe) untuk mencuci mata anda dengan melihat produk makanan beliau yang penuh variasi.
Sama-sama perkasakan ekonomi mualaf kita!
#PerkasakanMualaf
#BantuBisnesMualaf
#SampaikanIslamSantuniMualaf