fbpx

?????? ?????? ??-????? ??? 1442?

Alhamdulillah. Di awal pagi Selasa 29 Ramadan 1442H bersamaan 11 Mei 2021 ini, telah diadakan Majlis Khatam Al-Quran Hidayah Centre Foundation secara dalam talian menerusi aplikasi zoom.

Lebih 60 orang staff Hidayah Centre Foundation seluruh Malaysia termasuk di pedalaman Sabah & Sarawak turut bersama menyertai majlis khatam Al-Quran ini.

Semenjak hari pertama Ramadan lagi, kesemua staff HCF telah dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan kecil tadarus Al-Quran. Komitmen yang diberikan oleh semua staff amat dihargai kerana dapat meluangkan masa hampir 1 jam sehari untuk bersama-sama bertadarus dengan teman sekerja walaupun berada di tempat yang berbeza. Alhamdulillah.

Majlis kali ini sungguh istimewa sekali kerana kami diperdengarkan bacaan ayat pilihan Al-Quran dari 5 orang qari yang terdiri daripada staff HCF yang juga merupakan mualaf. Kesemua mereka dapat membacakan ayat-ayat suci Al-Quran dengan begitu baik sekali dipimpin oleh Tuan Joanes Lukas.

Majlis turut diisi dengan penyampaian oleh Tuan Wan Muhammad mengenai mukjizat dan adab-adab membaca Al-Quran. Tuan Haji Nicholas Sylvester, CEO HCF turut menyampaikan ucapan berkaitan keistimewaan Al Quran dan mengingatkan mengenai betapa pentingnya seorang pendakwah menguasai Al-Quran.

Beginilah antara hikmahnya fasa PKP ini. Kami dapat juga menyelesaikan bacaan Al-Quran, 30 juzuk di bulan Ramadan yang mulia ini.Alhamdulillah.

Doakan semoga kami terus istiqamah mempelajari juga menghayati isi Al-Quran juga dapat menyampaikan lebih lagi dalam usaha dakwah. InsyaAllah.

Sampaikan Islam, Perkasakan Mualaf

www.dahsedekah.com
www.dahsedekah.com

#HidayahCentreFoundation
#HCFkhatam

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top