fbpx

KEMPEN KENALI AL-QURAN

JEMPUTAN KE MAJLIS PELANCARAN KEMPEN KENALI AL-QURAN
.
Gabungan Dakwah Malaysia (GDM) akan mengadakan Majlis Pelancaran Kempen Kenali Al-Quran sempena bulan Ramadan sebagai Bulan Al-Quran. Majlis ini adalah anjuran bersama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (MTMZA).
.
Maklumat majlis pelancaran adalah seperti berikut :
.
? Tarikh : 30 April 2021M / 18 Ramadhan 1442H (Jumaat)
⏰ Masa : 11.30 pagi – 1.00 tengahari
? Tempat : Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin
.
Beza Kempen Al-Quran GDM dengan yang lain?
.
Kempen Al-Quran GDM diadakan bertujuan:

1️⃣ Menggembleng usaha semua pihak untuk memperkenalkan dan menyampaikan mesej yang terkandung dalam Al-Quran kepada masyarakat bukan Islam.
2️⃣ Membudayakan amalan membaca dan beramal dengan Al-Quran dalam kalangan masyarakat muslim.
.
Al-Quran merupakan kata-kata Allah yang mengandungi kebenaran mutlak. Justeru, adalah menjadi tanggungjawab umat Islam untuk menyampaikan kebenaran tersebut kepada seluruh masyarakat.
.
Infak untuk dakwah & pemerkasaan mualaf: www.dahsedekah.com

Sampaikan Islam, Perkasakan Mualaf

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top