fbpx

Mualaf Gembira Diraikan di Majlis Iftar Perdana Amal Hidayah Centre (MIPHC)


KUALA LUMPUR -Pada hari Sabtu 24 April 2021 bersamaan 12 Ramadan 1442H baru-baru ini, telah berlangsungnya Majlis Iftar Perdana Amal Hidayah Centre (MIPHC) kali ke-16 yang bertempat di Dewan Kristal, Pusat Konvensyen Telekom Malaysia di Bangsar dalam suasa sederhana tetapi cukup meriah. MIPHC merupakan program tahunan yang dianjurkan Hidayah Centre Foundation (HCF) dengan kejasama Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia (BAKIT) & Radio Zayan bertujuan untuk meraikan mualaf berbuka puasa di bulan Ramadan ini.

MIPHC tidak dapat dilaksanakan pada tahun 2020 disebabkan pandemik Covid-19. Pada tahun 2021 ini, seramai 250 orang mualaf termasuk ahli keluarga yang belum Islam telah dijemput hadir untuk berbuka puasa bersama-sama. HCF turut membuka peluang kepada kira-kira 150 orang individu mahupun syarikat untuk bersama hadir dengan membeli meja sebagai tanda menzahirkan sokongan terhadap usaha menyampaikan Islam & pemerkasaan mualaf yang dilaksanakan HCF.
.
Majlis Iftar Perdana Amal Hidayah Centre (MIPHC) dimulai dengan forum yang berkisar mengenai perkongsian kisah suka duka penghijrahan sebagai mualaf yang terdiri daripada panel jemputan iaitu Da’i Adam & Puan Siti Aisyah Abdullah. Dj Norhayati Paradi pula bertindak sebagai moderator forum tersebut.

Majlis ini turut diserikan dengan alunan ayat Al-Quran dari Surah Al-Hujurat dari ayat 11-13 yang turut dibacakan terjemahannya dalam 4 bahasa utama masyarakat majmuk di Malaysia iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Mandarin & Tamil. Terjemahan ayat Al-Quran ini telah dibacakan oleh empat orang mualaf santunan Hidayah Centre Foundation.


Majlis berbuka puasa telah berlangsung diiringi alunan azan yang sungguh gemersik dari saudara Anas, penyampai radio Zayan. Berikutan situasi terkini pandemik Covid-19, sebahagian tetamu berbuka ringkas dan bergilir-gilir menunaikan solat Maghrib terlebih dahulu. Majlis berlangsung dengan mengikuti garis panduan prosedur operasi standart yang telah ditetapkan.
.
Usai majlis berbuka puasa dan solat maghrib, Pengerusi HCF iaitu Ir Dr Muhammad Fuad Yeoh Abdullah telah menyampaikan ucapan aluan sekaligus merasmikan majlis ini. Majlis turut menjemput Ikon Saudara Baru, Dato’ Mohd Chan Abdullah iaitu pemilik rangkaian Restoran Mohd Chan untuk memberikan ucapan dan berkongsi pengalaman dengan semua mualaf & tetamu yang hadir. Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia (BAKIT) juga turut berbesar hati menyampaikan cek sumbangan berjumlah RM 5000.00 kepada Hidayah Centre Foundation.


Salah seorang mualaf yang ditemui dalam MIPHC ini iaitu Aliya Zaneera Dheshmin telah menzahirkan rasa keterujaan dan gembira dapat menjalani iabadah puasa dan dijemput hadir ke MIPHC.

“Alhamdulillah. Saya berasa sangat gembira diberi peluang untuk hadir kali yang kedua selepas memeluk Islam. Saya dapat berjumpa dengan rakan-rakan mualaf yang lain & dapat berkongsi pengalaman. Perkara ini dapat memberikan semangat buat saya menempuhi kehidupan mendatang. Saya tidak rasa keseorangan”.

“Saya pasti akan berkongsi kisah ini dengan ahli keluarga mengenai Hidayah Centre yang banyak membantu & membimbing perjalanan saya dalam agama Islam. Betapa gembiranya saya dapat menjadi sebahagian dari keluarga HCF yang besar ini”

Dalam majlis ini juga kesemua mualaf yang hadir berpeluang menerima sumbangan duit raya yang telah disampaikan oleh Tuan Hj Ir Muhammad Fuad Yeoh Abdullah, Pengerusi HCF & Tuan Haji Nicholas Sylvester, CEO HCF. Rata-rata mualaf yang ditemui begitu gembira dengan mengucapkan terima kasih dan rasa bersyukur kerana dapat menyertai MIPHC kali ini memandangkan tahun lepas tidak dapat dianjurkan.

Hidayah Centre Foundation mengucapkan jutaan terima kasih buat semua penyumbang budiman yang bersama-sama menaja meja untuk mualaf berbuka puasa pada MIPHC kali ini. Semoga Allah melimpahkan kebaikan yang banyak dan menggandakan pahala semua penyumbang di bulan Ramadan ini seperti mana sepotong hadis riwayat Ahmad, At-Tirmizi & al-Baihaqi ” Sesiapa yang memberi makan orang yang berpuasa, maka baginya pahala seumpamanya tanpa sedikitpun kurang pahala orang yang berpuasa”
.
Hidayah Centre Foundation masih memerlukan dana tajaan yang lebih besar lagi bagi menggerakkan usaha menyampaikan Islam dalam masyarakat majmuk dan memperkasakan mualaf dari semua penyumbang budiman. Ayuh! berkongsi pahala di bulan Ramadan yang mulia ini dengan melayari >>> www.dahsedekah.com

Sampaikan Islam, Perkasakan Mualaf

#HidayahCentreFoundation

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top