fbpx

HCF antara Penerima Buku Wakaf dari UPM

Alhamdulillah, baru-baru ini Hidayah Centre Foundation merupakan antara pertubuhan dakwah yang telah dipilih untuk menerima buku yang di wakafkan oleh Jabatan Pengajian Kenegaraan dan Ketamadunan, Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia.

Tuan Haji Fakharuddin Abdul Kudos, Pengarah Perkhidmatan Korporat HCF telah mewakili Hidayah Centre Foundation untuk menerima sumbangan buku wakaf ini yang akan diedarkan kepada mualaf. Sebanyak 14 pertubuhan dakwah lain turut menerima sumbangan buku wakaf ini di majlis yang sama.

Buku yang bertajuk Kehidupan Awal Mualaf dalam Fiqah Mualaf ini merupakan inisiatif ahli Jabatan Pengajian Kenegaraan dan Ketamadunan, Fakulti Ekologi Manusia untuk membantu golongan mualaf mendalami serta menambahkan ilmu pengetahuan berkaitan agama Islam. Buku ini juga diharapkan dapat membantu mualaf dalam menghadapi pelbagai cabaran seperti kehidupan, hubungan kekeluargaan, hukum-hakam agama & pelbagai lagi.

Terima kasih buat semua yang terlibat dalam projek wakaf buku ini. Semoga buku ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh HCF dan juga mualaf.

Sampaikan Islam, Perkasakan Mualaf.

#HidayahCentreFoundation

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top