fbpx

Alhamdulillah, baru-baru ini telah berlangsung dengan jayanya Konvensyen Saudara Baru 2021 bertempat di Dewan Tun Ismail, PWTC Kuala Lumpur anjuran bersama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) & Gabungan Dakwah Malaysia.

Seramai 250 orang mualaf yang terdiri daripada pelbagai bangsa di sekitar Kuala Lumpur telah dijemput untuk menghadiri Konvensyen Saudara Baru yang julung-julung kalinya diadakan ini.

Konvensyen Saudara Baru 2021 ini turut mengiktiraf seramai 13 orang saudara baru yang bergiat aktif juga berjaya dipelbagai lapangan. Antara anugerah yang disampaikan adalah anugerah tokoh saudara baru 2021 yang dianugerahkan kepada Tuan Haji Nicholas Sylvester, CEO Hidayah Centre Foundation, Prof Datuk Taufiq Yap Yun Hin, Presiden MACMA dan Dr Haji Ann Wan Seng, Setiausaha Agung Jam’iyah.

Selain itu, seramai 5 orang saudara baru telah menerima anugerah saudara baru harapan iaitu Puan Alya Humaira dari PKDMMS, Encik Muhammad Irfan Abdullah dari PKDMMS, Puan Nur Habeebah Muniandi dari Al-Hidayah, Cik Nur Ain Sumaiyah dari HCF dan Encik Abdul Hadi bin Tanabalam dari Rakan Hidayah HCF. Anugerah Saudara Baru Berjasa 2021 turut disampaikan kepada 5 orang penerima iaitu Prof Madya Dr Haji Mohd Farid Ravi, Hj Muhammad Fitri Abdullah, Dato’ Muhammad Chan, Hj Sharin Low & Puan Mah Lee @ Hajah Mariam Abdullah.Tahniah diucapkan buat semua penerima.

Semoga anugerah yang di sampaikan menjadi inspirasi buat semua peserta Konvensyen Saudara Baru 2021 ini & memotivasikan golongan saudara baru untuk terus maju di masa hadapan.

Sampaikan Islam, Perkasakan Mualaf

Hidayah Centre Foundation

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

× Whatsapp kami